| Start: | Apr 13, '08 08:00a |
| Location: | Cruise Tasik Putrajaya, Presint 1, Jambatan Putra, Putrajaya |
Tuan-Tuan & Puan-Puan,
Dengan hormatnya inilah dmaklumkan bahawa sekali lagi Kursus CPR - Satu Penyelamat Satu Keluarga akan dijalankan pada
Tarikh : 13hb April, 2008
Hari : Ahad
Jam : 9.30 pagi hingga 5 petang
Tempat : Cruise Tasik Putrajaya, Presint 1, Jambatan Putra, Putrajaya
Yuran : RM140 seorang
Termasuk : Instruktor Bertauliah, Peralatan Latihan, Nota, Makan Tengahari
& Sijil Kelulusan daripada Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia
2. Kursus ini akan meliputi teori dan praktikal CPR disamping ujian bertulis dan praktikal. Modul latihan menumpukan pengendalian CPR keatas dewasa, kanak-kanak dan juga bayi. Selain CPR, pengendalian Choking juga termasuk di dalam modul ini.
3. Untuk makluman tuan, kursus CPR ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Instruktor-Instruktor bertauliah daripada Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia [PPKM] dengan menggunakan modul antarabangsa terkini daripada International Liasion Committee on Resuscitation [ILCOR] yang diterima pakai oleh semua badan-badan resusitasi seluruh dunia seperti American Heart Association [AHA] dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia bernaung di bawah International Life Saving Federation [ILSF].
SAPA YG BERMINAT. LEH CONTACT SAYA, ATAU REPLY AJE DEKAT SINI... SEKIAN TERIMA KASIH...