hmmm...
Pada sabtu sudah.. ( 12 hb n 13 hb ) kami membuat satu xpdc ke lata kijang, negeri sembilan. Yang ikut sama adalah
- bond
- zulhilmi
- bob
- ciklie
- haidar
- bro orga.
di sini, diletakkan catatan ringkas dahulu.
0830 mula berkumpul dan menyelesaikan masalah transport. bertolak ke Kuala Klawang
10++ tiba di Kuala Klawang. Call bro Orga, lepak2 minam2 n makan.
12++ lepak kat umah bro orga, bersiap, bincang last kopek plan. batalkan plan dan membuat keputusan untuk ke Jeram Gading.
0200 tiba di jeram gading, carik port, bentang ground, masak2 n minam2.
0630 bersiap untuk ke Lata Kijang
0645 bertolak ke Lata Kijang
0845 tiba di lata kijang
0850 set up port... lepak2. kedebush!!!!
13++ mula bersiap untuk pulang...
13++ bertolak ke jeram gading
14++ tiba di jeram gading
1430 patah balik ke pekan Klawang dan makan2
1500 bertolak ke seremban
okeh... gitu ler lebey kureng... hmmm berikut adalah catatan perjalanan. Dari Seremban, yg ader cuma aku, bond, bob, ciklie dan zulhilmi. kami memulakan dengan singgah di petronas jalan pantai untuk isi minyak, beli ration, dan beli stok. habis jer... kami semua terus pergi ke klawang,keran risaukan bro orga yg menunggu lama.. tak mau die bertukar kaler...
setibanya di Klawang, call bro orga, dan kami terus melepak mengisi perut di kedai makan. sambil makan2, kami membuat perbincangan utk menukar venue, memandangkan agak merbahaya untuk pergi ke Lata Kijang di malam hari...
setelah bersetuju, kami sepakat ke Jeram Gading yg terletak dalam perjalanan ke Lata Kijang.. selesai membayar ape yg patut, kami ke umah bro orga dahulu dan membuat sebarang persiapan terakhir. kami menggunakan tandas sesuka hati, mendapatkan bekal nasi dari bonda Bro Orga, amek gambo dan bersiap. bila dah yakin dengan semua persiapan, kami pun bertolak ke lokasi yg dingini.
tiba sahaja di jeram gading, kami mencari port yg sesuai untuk lelepak yg tak memeningkan kepala. bob menjalankan tugas sebagai pembentang ground dan meletakkan lantern.
kami terus memanaskan lauk dan membuat air nescafe.. minam2, makan2 n lepak2. kemudian, ader yg tido, dan ader yg berborak. aku berborak sampai pukul 0615 lebey kurang utk memberi ruang kepada bro orga tido seminit dua, aku pula memanaskan air untuk sarapan dan membuat unggun. setelah mencari kayu seberapa yg dapat, aku pun menyusun la kayu unggun berjenis kon.
hmmm... kemudian berlaku lah tragedi yg lawak.. mungkin sebab mamai... kebetulan aku tak tido2 sejak hari jumaat. sebab aku bawak spirit dan untuk memudahkan api itu hidup, aku pun meletakkan sedikit spirit.. bila dah nyala dan berbara.. api padam balik... yg tinggal cuma bara... dengan penuh selamba aku mencurahkan spirit ke bara tersebut dan wooosh!!!!! hamek ko... macam bunyi meletup, api tu sambo tangan aku!!! dan terus menyala di sekitar jaket dan lengan. yg bestnye, pertamanya, aku masih memegang botol tersebut. di muncung botol tersebut masih menyala api.. aku tau, kalo aku mengibas2, percikan spirit tu akan membakar kawan2 yg sedang tido... jadi, first, aku letak dulu botol tu, kibas sikit, bukak jaket dan padamkan yg selebihnya. then botol tu aku tutupkan muncungnya ngan selipar ciklie!! huh, lawak betul. cuma satu saksi ajer yg nampak... cik lie...
die cuma sempat cakap uihh masa api tu menyambar, dan kemudiannya dengan penuh rasa prihatin hanya melihat!!! then tanya, ko ok tak. sebab aku tengah perit2, aku tunjuk isyarat ibu jari,"ok",dia tanya lagi sekali, aku bagi isyarat yg sama balik. sambil sambung menyusun kayu2. perghh.,... lawak gile...
kemudian kami pun berkemas, dan bersiap untuk ke Lata Kijang.
humm... journey kami ke lata Kijang, aman damai.... 2 jam beb, baru sampai naik motor dari simpang jalan short cut tu... tapi perjalanan sungguh menarik. sebab view perjalanan yg sungguh cantik, menghirup udara nyaman ( nasib baik haidar tak sampai lagi!! asap motor kau busuk! ). ada tatkala kami berhenti amek gambo, ada tatkala kami kena kejar ngan anjing, ada takala kami kena tolak motor... tapi memang best... dan aku yakin, lebih kurang mencemarkan dari guna 4wheel.
setibanya di sana,,, hmmmm... tuu diaaa... tempat dah banyak perubahannya... dah ada pondok!!! ada 2 pondok dan 1 bilik persalinan kot.. dah ada tangga simen!!!!
bila turun tangga tu, sampai je pomdok, tengok kiri, hamek kau!!!! tuu diaaa... sejuk ati aku nie wehhh...
best.... cantik.... tak terkata..... nanti2 aku reload gambo...
setelah kami melepak dan bergambo sakan... tetiba haidar sampai.. wuh.... nasib baik betul lah budak sekor nie... buatnye tak jumpa tempat nie tadi... tak mampuih!!
kitorang pun sambung mandi manda, amek gambo, dan layan view...
hmmm.... tempat nie memang best .... tak rugi kalo datang lagi...
dah puas mandi manda, perut lapa, bila patah balik ke port kitorang datang pulak satu group bebudak U. datang buat kajian diorang kot. kebetulan, I dont fraggin care... aku cuma layan kepala aku, lepak, salin pakaian, baring kat hammock ngan makan maggie...
biler dah puas, kami pun mula bersiap untuk pulang. memandangkan perjalanan masih jauh, dan kawan2 pulak ramai yg kerja KL. perjalanan keluar ke Jeram Gading hanya mengambil masa dalam 1jam setengah..
kami terus ke pekan untuk makan2 dan minam2... dan terus bertolak ke seremban.
lepas nie kang... aku edit gambo, dan kasi load gambo. aku juge akan cube load gambo penunjuk arah utk kawan2 yang teringin nak pergi suatu hari nanti.